IJF DIBUBARKAN
Status group IJF di FB..
Menjunjung Titah DYAM Tunku Mahkota Johor..
Kami Inter Johor Firm akur dan rela membubarkan pertubuhan ini dengan serta merta.Demi menunjukkan kesetiaan kami kepada Raja dan negeri Johor.pembubaran kami bukan kerana haters di luar sana,tetapi kerana taat perintah dan kesetiaan kami untuk DYAM Tunku Mahkota Johor.
Kami akan akur dan sedia bersatu serta mengikut segala arahan dan undang2 negeri Johor. Ini adalah kerana negeri Johor. Pengunduran kami tidak bermakna jiwa dan hati kami ini hilang utk negeri Johor, tetapi kerana taat setia kami kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang kami hormati dan sayangi..
Muafakat itu berkat.
Hidup Johor
Demi Johor.
•Chester Billy
IJF In Memory
2006-2014
Sedikit sebanyak latar belakang IJF iaitu Inter Johor Firms..IJF adalah satu group penyokong bola sepak #harimauselatan.
dan kes terkini..
INTER JOHOR FIRMS IJF DIHARAM
MASUK STADIUM LARKIN
Ini melibatkan kumpulan penyokong bola sepak tegar. Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengharamkan kumpulan penyokong bola sepak yang menamakan diri mereka ‘Inter Johor Firms’ (IJF) daripada memasuki Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos seumur hidup.
PBNJ, dalam kenyataan menerusi laman sosial rasminya hari ini, menyebut kumpulan IJF itu diharamkan daripada memasuki mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan pasukan Johor.
“PBNJ dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia telah mendapat perkenan daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghalang kegiatan kumpulan pelampau yang mencemar imej negeri Johor,” kata persatuan itu. Inter Johor Firms IJF Diharam Masuk Stadium Larkin.
antara video yang dapat aku jumpa dekat youtube...
https://www.youtube.com/watch?v=j2DUAws8_gE
aku tak tahu sejauhnya kebenaran pasal IJF ni...tapi ada satu lagi status IJF kat FB yang buat aku tertarikkk...
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor,kami Inter Johor Firms akan di bubarkan mulai saat ini.
rentetan dengan isu di SSA semalam,semua pihak menuding jari ke arah kami.kononnya kami punca semuanya.bukan nak menafikan tetapi di sini saya ingin bertanya,berapa ramaikah yang bertopeng dan berjaket hitam di SSA semalam?adakah semuanya datang dari IJF?fenomena bertopeng ni bukan sahaja pada IJF,malah seluruh Malaysia.bukan sahaja kami malahan BOS,UM,serta fan biasa pun memakai topeng.isu memukul fan Vietnam,adakah betul IJF yang buat?mengenai akaun fb Danial yang dah jadi viral 1 Malaysia,adakah benar dia budak IJF?sekarang ni ramai yang mengaku IJF.logo dan gambar sesuka hati di rompak dan letak dalam fb sesuka hati.isu bas SSU kena pecah,adakah benar IJF yang buat?bas SSU parking di area track Go Kart,kami parking di dalam Giant.sangat jauh untuk ke sana semata2 nak provoke dan baling batu.maaf,mentaliti kami bukan sama seperti fan Pahang dan Perak di mana kedua dua fans negeri ini amat gemar mengunakan batu untuk berlawan.
mengenai kebencian anda terhadap IJF.kami tidak menghalang perasaan itu membuak buak dia dada anda.kami akur dengan kebencian anda.kebencian ini bukanlah lahir dari fans negeri lain,malahan fans negeri Johor sendiri pun benci kami.nak buat macamana,dah orang tak suka.sedangkan segelintir Ultras Johor pun tak suka kami.suka cakap belakang kami.kutuk belakang kami.tapi kami ni profesional.takda perangai busuk macam tu sekali.pelik pula,insiden Ultras Johor yang bergaduh dengan Polis ketika Corteo di Larkin,tak jadi viral pula.tak kena blame pula.padahal budak pakai topeng dan hoodie hitam tu.peliknya.
apapun yang terjadi,ada hikmahnya.lepas ni fan Malaysia janganlah risau.takkan nampak lagi kelibat kami di Stadium anda malahan di Stadium kami sendiri.lepas ni kami tengok bola kat mamak ramai ramai la.kami buat sebab kami akur dengan titah DYAM Tunku Mahkota Johor kami.bukan sebab ANDA SEMUA..
p/s:anda dibenarkan komen yang negatif kepada kami walaupun anda orang Johor.
Orange Heroes/Inter Johor Firms
2006-2014
we are the famous firm!
•Chester Billy
AA for the town,for club,for the city,for the state and for the country
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
p/s:ermm,say peace..>>http://harapanesokini.blogspot.com/2014/12/jana-duit-part-time-ni-pun-aku-dapat.html



0 comments:
Post a Comment